Wednesday, January 8, 2014

RUMAH-RUMAH DI MALAYSIA

Setiap negara mempunyai reka bentuk dan jenis rumahnya yang tersendiri. Di negara kita, ada dua jenis rumah, iaitu rumah melayu tradisional dan rumah moden.


RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Secara terperinci, ruang-ruang yang terdapat pada rumah Melayu tradisional ialah anjung atau sorong serambi, selasar, rumah ibu, bilik, serambi dalam, dapur, pelantar atau lambur dan jemuran serta ruang bawah rumah

Ruang rumah Melayu pada zaman dahulu biasanya tidak berbilik kerana masyarakat Melayu pada masa itu mementingkan perjumpaan atau berkumpul secara beramai-ramai untuk majlis keramaian dan juga upacara keagamaan. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.

FAKTOR CUACA
Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.

SUMBER ALAM
Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.

BUDAYA, AGAMA DAN
ADAT RESAM
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

PENGARUH ASING
Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.

PETA PENEMPATAN
RUMAH MELAYU TRADISIONAL



PETA LOKASI 
REKA BENTUK SENI BINA


Berikut adalah rumah-rumah melayu tradisional yang terdapat di Malaysia. Contohnya: Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.


RUMAH MELAYU TRADISIONAL JOHOR


Rumah Tradisional Melayu Johor juga dikenali sebagai Rumah Limas Johor. 
Nilai seni binanya sangat cantik dengan corak ukiran kerawang dihasilkan tanpa menggunakan paku, hanya berdasarkan kepada tanggam semata-mata. Rumah Limas Tradisional dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropika di Tanah Melayu, nilai-nilai astetika yang terdapat dalam setiap binaan di pengaruhi senibina islam seperti corak flora dan geometri. 
Selain itu, Rumah Limas juga banyak dipengarui elemen-elemen luar seperti dari British, Belanda, dan juga unsur-unsur rumah Indonesia.




RUMAH MELAYU TRADISIONAL MELAKA


Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin. Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu
di bahagian serambi yang unik. Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.



RUMAH MELAYU TRADISIONAL 
NEGERI SEMBILAN


Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi. Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik. Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang.



RUMAH MELAYU TRADISIONAL PAHANG

Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang.  Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai.  Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.


RUMAH MELAYU TRADISIONAL TERENGGANU

Di Negeri Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya dipanggil Rumah Limas Bungkus. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. 
Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat.  Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur. Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur.  Manakala atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora



RUMAH MELAYU TRADISIONAL PERAK
Rumah tradisional Melayu yang terdapat di Negeri Perak dipanggil Rumah Kutai. Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi dindingnya dipasang tebar layar yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan barang-barang. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya.  Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik.  Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.
Bahan-bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah Kutai adalah seperti kayu dan buluh.  Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dinding menggunakan pelupuh.


RUMAH MELAYU TRADISIONAL KELANTAN

Di Negeri Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12.  Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. 
Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar.  Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.
Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau bersekat.



RUMAH MELAYU TRADISIONAL PERLIS

Rumah Bumbung Panjang Perlis mempunyai banyak tiang adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang tebar layar berbentuk huruf 'V' terbalik. Komponen bangunan rumah berkenaan terdiri daripada rumah ibu dan rumah dapur. Rumah ibu mengandungi ruang yang disebut ruang lepar (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Ruang dapur terdiri daripada satu bahagian yang tidak bersekat tetapi dipisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang. Rumah Panjang Perlis diperbuat dari kayu cengal dan damar laut, dindingnya dari kelarai, atapnya daripada rumbia dan nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora.


RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH
Rumah Tradisional Melayu Kedah dikenali sebagai Rumah Peladang. Rumah Panjang Kedah berbentuk memanjang, bumbungnya panjang lurus mendatar menggunakan tabir layar yang diperbuat dari pelupuh berbentuk tiga segi atau huruf 'V' terbalik. Rumah Panjang Kedah terdiri dari beberapa ruang lepar dan ruang rumah tangga terletak di hadapan, manakala ruang tengah, serambi sama naik, bilik dan ruang dapur terletak di bahagian belakang. Rumah ini mempunyai banyak tiang dan biasanya lebih dari 20 batang tiang pada rumah ibunya.Bahan-bahan binaan rumah cengal, meranti, damar laut dan buluh manakala atapnya diperbuat dari rumbia,nipah dan genting senggora.


RUMAH MELAYU TRADISIONAL 
PULAU PINANG

Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu. Salah satu rumah tradisional Melayu tersebut adalah Rumah Serambi Gajah Menyusu yang dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi rendah seperti kelihatan seekor gajah sedang menyusukan anaknya.Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala pembahagian ruangnya pula terdiri daripada rumah ibu dan dapur.  Pembahagian ruangnya terdiri daripada ruang rumah tangga, terletak di hadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan pembinaan rumah ini terdiri daripada kayu cengal dan meranti manakala atapnya daripada rumbia.

RUMAH MELAYU TRADISIONAL SARAWAK
Sebuah rumah panjang boleh mengandungi beberapa keluarga domestik yang menetap di dalamnya. Bilangannya tidak tetap, mungkin tujuh, sepuluh atau lima puluh keluarga domestik.



RUMAH MELAYU TRADISIONAL SABAH

Bangsa Bajau Laut membina rumah di atas laut dengan menggunakan jangkungan ataupun kayu keras ( kayu bakau) yang dijadikan penahan supaya rumah dibina tidak tumbang. Kadangkala jangkungan tersebut dipasak beberapa batu ke dalam laut sehingga jarak permukaan lantai rumah dengan laut hampir 800 meter. Bangsa Bajau Laut menggunakan perahu dan bot sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar atau mencari rezeki di lautan. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan memandangkan kehidupan mereka dikelilingi dengan laut.

RUMAH  MODEN

Rumah Moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baru dan mengikut perkembangsan semasa. Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres dan pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden pula dibina menggunakan batu bata, simen, besi dan kaca. 

RUMAH BANGLO


Rumah banglo ialah sejenis rumah (biasanya) satu tingkat. 
Rumah jenis ini asalnya kecil, hanya satu tingkat, beratap jerami dan mempunyai ambi serlebar. Banglo hari ini adalah jenis rumah berasingan yang biasanya mempunyai satu tingkat, satu tigkat setengah atau dua tingkat dan ada juga yang agak besar. 


RUMAH TERES

Pada gaya seni bina dan pelan bandar, sebuah rumah teres atau rumah baris atau rumah pekan adalah suatu gaya perumahan kepadatan tengah yang berasal dari Eropah pada lewat abad ke -17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimej cermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres dan sering lebih besar daripada rumah-rumah yang di tengah-tengah. Rumah teres telah merumahkan berlainan bahagian pada spektrum masyarakat di masyarakat Barat. 

RUMAH PANGSA


Pangsapuri atau apartment merupakan unit perumahan lengkap diri (sejenis harta tanah tempat tinggal yang merangkumi hanya sebahagian daripada bangunan. Bangunan sebegitu boleh dipanggil bangunan apartment, rumah pangsa, blok bangunan flat atau kadangkala blok rumah agam terutamanya sekiranya ia terdiri daripada banyak unit untuk disewa. Apartment boleh dimilikki oleh pemilik / penduduk atau disewa oleh penyewa (dua jenis tempoh perumahan).


KONDOMINIUM


Sebuah kondominium atau kondo adalah bentuk hak guna perumahan di mana bahagian tertentu real estet (umumnya kamar apartment) dimilikki secara peribadi sementara pengunaan dan akses ke fasilitas seperti lorong, sistem pemanas, elevator, eksterior berada di bawah hukum yang dihubungkan dengan kepemilikan peribadi dan diawasi oleh organisasi pemilik yang menggambarkan kepemilikan seluruh bahagian. Sebutan ini sering digunakan untuk merujuk pada unit itu sendiri menggantikan kata "apartment".