Setiap negara mempunyai reka bentuk dan jenis rumahnya yang tersendiri. Di negara kita, ada dua jenis rumah, iaitu rumah melayu tradisional dan rumah moden.
RUMAH MELAYU TRADISIONAL
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni
bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh
orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam
bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan
ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan
cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini
diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau
anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap
mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran
udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang
luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Secara
terperinci, ruang-ruang yang terdapat pada rumah Melayu tradisional ialah
anjung atau sorong serambi, selasar, rumah ibu, bilik, serambi dalam, dapur,
pelantar atau lambur dan jemuran serta ruang bawah rumah
FAKTOR CUACA
Faktor cuaca memainkan peranan dalam
rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang
lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang
kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak,
berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin dibahagian bawah rumah.
Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga
telah direka untuk keselesaan secara maksima.
SUMBER ALAM
Bahan binaan adalah kayu, rotan,
akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada
struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang
pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.
BUDAYA, AGAMA DAN
ADAT RESAM
Budaya dan adat resam juga memainkan
peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran
Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang
juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri
dan aktiviti keluarga.
PENGARUH ASING
Kehadiran penjajah Barat telah
memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink
dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen
telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan
pasak kayu dan akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat
secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal
dan seni.
PETA PENEMPATAN
PETA LOKASI
Berikut adalah rumah-rumah melayu
tradisional yang terdapat di Malaysia. Contohnya: Perlis, Kedah, Perak,
Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau
Pinang, Sarawak dan Sabah.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL JOHOR
Rumah Tradisional Melayu Johor
juga dikenali sebagai Rumah Limas Johor.
Nilai seni binanya sangat cantik
dengan corak ukiran kerawang dihasilkan tanpa menggunakan paku, hanya
berdasarkan kepada tanggam semata-mata. Rumah Limas Tradisional
dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropika di Tanah Melayu, nilai-nilai
astetika yang terdapat dalam setiap binaan di pengaruhi senibina islam seperti
corak flora dan geometri.
Selain itu, Rumah Limas juga
banyak dipengarui elemen-elemen luar seperti dari British, Belanda, dan juga
unsur-unsur rumah Indonesia.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL MELAKA
di bahagian serambi yang unik.
Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL
NEGERI SEMBILAN
Rumah tradisional
Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat yang
terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit
melengkung di bahagian hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan
tinggi. Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah
dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula
terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.
Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di
Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran
atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak
gadis dan juga tempat simpan barang-barang.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL PAHANG
Rumah Tradisional Melayu Pahang
dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini
biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan
terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada
rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang. Ia
juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang
serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai.
Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau
serambi belakang. Bagi
ruang dapur ia mengandungi ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan
membasuh.
RUMAH MELAYU TRADISIONAL TERENGGANU
Di Negeri
Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya
dipanggil Rumah Limas Bungkus. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung
rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula
dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan
ukiran-ukiran kerrawang kayu.
Rumah
jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat
tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda,
rumah tengah dan dapur.
Rumah Terengganu dibina daripada kayu
cengal, meranti dan kapur. Manakala atapnya daripada atap
tanah dan atap genting senggora.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL PERAK
Rumah tradisional
Melayu yang terdapat di Negeri Perak dipanggil Rumah Kutai. Rumah
Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi dindingnya dipasang tebar
layar yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar
layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan
barang-barang. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya.
Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di
sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selang yang
tidak beratap.
Bahan-bahan
binaan yang digunakan untuk membina rumah Kutai adalah seperti kayu dan buluh. Kayu
digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dinding menggunakan pelupuh.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL KELANTAN
Di Negeri Kelantan terdapat 2
jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang
12. Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah
ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang.
Bumbungnya
panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar.
Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu
sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.
Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau bersekat.
Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau bersekat.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL PERLIS
Rumah Bumbung Panjang Perlis
mempunyai banyak tiang adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. Bentuk
rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang tebar
layar berbentuk huruf 'V' terbalik. Komponen bangunan rumah berkenaan terdiri
daripada rumah ibu dan rumah dapur. Rumah ibu mengandungi
ruang yang disebut ruang lepar (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Ruang
dapur terdiri daripada satu bahagian yang tidak bersekat tetapi dipisahkan oleh
ruang yang dipanggil ruang selang. Rumah Panjang Perlis diperbuat dari kayu
cengal dan damar laut, dindingnya dari kelarai, atapnya daripada rumbia dan
nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL KEDAH
Rumah
Tradisional Melayu Kedah dikenali sebagai Rumah Peladang. Rumah
Panjang Kedah berbentuk memanjang, bumbungnya panjang lurus mendatar
menggunakan tabir layar yang diperbuat dari pelupuh berbentuk tiga segi atau
huruf 'V' terbalik. Rumah Panjang Kedah terdiri dari beberapa ruang lepar dan
ruang rumah tangga terletak di hadapan, manakala ruang tengah, serambi sama
naik, bilik dan ruang dapur terletak di bahagian belakang. Rumah
ini mempunyai banyak tiang dan biasanya lebih dari 20 batang tiang pada rumah
ibunya.Bahan-bahan binaan rumah cengal, meranti, damar laut dan buluh manakala
atapnya diperbuat dari rumbia,nipah dan genting senggora.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL
PULAU PINANG
Di Pulau Pinang
terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu
Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu. Salah
satu rumah tradisional Melayu tersebut adalah Rumah Serambi Gajah Menyusu yang
dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih
tinggi rendah seperti kelihatan seekor gajah sedang menyusukan anaknya.Rumah
jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi
dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala
pembahagian ruangnya pula terdiri daripada rumah ibu dan dapur. Pembahagian
ruangnya terdiri daripada ruang rumah tangga, terletak di hadapan ruang serambi
luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan
pembinaan rumah ini terdiri daripada kayu cengal dan meranti manakala atapnya
daripada rumbia.
RUMAH MELAYU TRADISIONAL SARAWAK
Sebuah rumah panjang boleh
mengandungi beberapa keluarga domestik yang menetap di dalamnya. Bilangannya
tidak tetap, mungkin tujuh, sepuluh atau lima puluh keluarga domestik.
RUMAH MELAYU
TRADISIONAL SABAH
Bangsa Bajau Laut membina rumah
di atas laut dengan menggunakan jangkungan ataupun kayu keras ( kayu bakau)
yang dijadikan penahan supaya rumah dibina tidak tumbang. Kadangkala
jangkungan tersebut dipasak beberapa batu ke dalam laut sehingga jarak permukaan
lantai rumah dengan laut hampir 800 meter.
Bangsa Bajau Laut menggunakan perahu dan
bot sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar atau mencari rezeki di lautan.
Pekerjaan utama mereka ialah nelayan memandangkan kehidupan mereka dikelilingi
dengan laut.
RUMAH MODEN
Rumah Moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baru dan mengikut perkembangsan semasa. Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres dan pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden pula dibina menggunakan batu bata, simen, besi dan kaca.
RUMAH BANGLO
Rumah banglo ialah sejenis rumah (biasanya) satu tingkat.
Rumah jenis ini asalnya kecil, hanya satu tingkat, beratap jerami dan mempunyai ambi serlebar. Banglo hari ini adalah jenis rumah berasingan yang biasanya mempunyai satu tingkat, satu tigkat setengah atau dua tingkat dan ada juga yang agak besar.
RUMAH TERES
Pada gaya seni bina dan pelan bandar, sebuah rumah teres atau rumah baris atau rumah pekan adalah suatu gaya perumahan kepadatan tengah yang berasal dari Eropah pada lewat abad ke -17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimej cermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres dan sering lebih besar daripada rumah-rumah yang di tengah-tengah. Rumah teres telah merumahkan berlainan bahagian pada spektrum masyarakat di masyarakat Barat.
RUMAH PANGSA
Pangsapuri atau apartment merupakan unit perumahan lengkap diri (sejenis harta tanah tempat tinggal yang merangkumi hanya sebahagian daripada bangunan. Bangunan sebegitu boleh dipanggil bangunan apartment, rumah pangsa, blok bangunan flat atau kadangkala blok rumah agam terutamanya sekiranya ia terdiri daripada banyak unit untuk disewa. Apartment boleh dimilikki oleh pemilik / penduduk atau disewa oleh penyewa (dua jenis tempoh perumahan).
KONDOMINIUM
Sebuah kondominium atau kondo adalah bentuk hak guna perumahan di mana bahagian tertentu real estet (umumnya kamar apartment) dimilikki secara peribadi sementara pengunaan dan akses ke fasilitas seperti lorong, sistem pemanas, elevator, eksterior berada di bawah hukum yang dihubungkan dengan kepemilikan peribadi dan diawasi oleh organisasi pemilik yang menggambarkan kepemilikan seluruh bahagian. Sebutan ini sering digunakan untuk merujuk pada unit itu sendiri menggantikan kata "apartment".
Bagus, kalau boleh kurangkan perkataan dan perbanyakkan gambar foto.
ReplyDelete